Wednesday, March 3, 2010

WASIAT AL-QAMAH KEPADA ANAKNYA

Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang maka buatlah persahabatan dengan orang yang :
1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia akan memeliharamu.
2. Apabila engkau bersahabat dengannya maka akan bertambah nilai dirimu.
3. Apabila engkau ditimpa kesusahan dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.
4. Apabila engkau menolong akan dia nescaya dia akan membalas kebaikanmu.
5. Apabila dia melihat akan kebaikan daripadamu nescaya mengambil kira ia akan dia.
6. Apabila dia melihat pada dirimu akan kejahatan, nescaya dia akan menutup kejahatanmu.
7. Apabila engkau berkata-kata nescaya dia membenarkan katamu.
8. Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya dia menolongmu.
9. Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu nescaya dia akan melebihkanmu.

FAZRIN MUSTAFFA

No comments:

Post a Comment