• Berdoa dalam keadaan diri masih berwudhuk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.
• Memulakan doa dengan membaca “bismillah” dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Rasulullah.
• Duduk dan menghadap ke kiblat.
• Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.
• Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa.
• Berdoa dengan penuh khusyuk, tawadhukdan merendahkan suara.
• Mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih besar atau yang lebih diutamakan.
• Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian atau pekerjaan.
• Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Wednesday, October 28, 2009
Monday, October 26, 2009
KERANA TAKUTKAN ALLAH
KERANA TAKUTKAN ALLAH
Dalam sebuah hadith Qudsi ada riwayat yang menggembirakan hati mengenai balasan yang diberikan Allah S.W.T kepada orang yang takut kepadanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Ada seorang lelaki tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu berwasiat kepada keluarganya “ jika aku mati, maka bakarlah aku lalu lumatkanlah aku mejadi abu. Kemudian taburkanlah abu itu sebahagian di daratan dan sebahagian lagi di laut. Demi Allah, jika Allah menghisabku, pasti akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan pada seorang pun di alam semesta.”
Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka. Lalu Allah memerintahkan pada daratan untuk mengumpulkan abu yang tersebar di daratan itu. Juga memerintahkan lautan untuk mengumpulkan abu yang disebar di lautan itu.
Kemudian Allah S.W.T bertanya pada lelaki itu setelah dihidupkan kembali.
“kenapa kamu lakukan ini?”
Lelaki itu menjawab:
“kerana aku takut kepada Mu tuhanku, dan engkau lebih tahu akan itu.”
Lalu Allah S.W.T mengampuninya…
Kisah dalam hadith qudsi ini begitu menyentuh dan penuh hikmah. Seorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak prnah beramal soleh sedikit pun dalam hadith itu memiliki rasa takut kepada Allah S.W.T di akhir hayatnya. Keagungan Allah ada di depan matanya sehingga ia takut akan azabNya atas perbuatannya di dunia. Hal ini membuatnya berwasiat bodoh. Setelah mati dia ingin mayatnya dibakar dan ditaburkan di daratan dan lautan dengan harapan Allah tidak menjumpai mayatnya dan tidak dapat mengazabnya.
Allah S.W.T maha berkuasa dan perkara itu adalah mustahil bagiNya. Allah S.W.T tetap akan menghisab setiap amal perbuatan manusia,tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah. Tak ada yang luput dari hisabNya. Dan pada akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah S.W.T..
Di dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan tuhannya,dia menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal yang abadi”
( An-naaziat : 40-41)
FAZRIN MUSTAFFA

APAKAH AMALAN YANG DAPAT MENYELAMATKAN KITA ??
APAKAH AMALAN YANG DAPAT MENYELAMATKAN KITA??
Setiap yang hidup pasti akan mati. Inilah realiti yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun hatta firaun yang zalim. Begitu juga kita sebagai umat Islam, telah dirakamkan oleh Allah S.W.T kepada kita di dalam Al-quran peristiwa yang bakal kita hadapi selepas kehidupan sementara di dunia ini. Kita akan melalui alam barzakh dan kehidupan kekal di hari akhirat. Cuma ada di kalangan manusia yang mengambil perhatian yang serius akan hal ini dan ada juga yang memandang sambil lewa. Tidakkah kita merasa bimbang akan azab Allah S.W.T di sana nanti?
Justeru, suka untuk saya berkongsi kepada sahabat sekalian akan sebuah hadith panjang yang menceritakan bagaimana Rasulullah S.A.W melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat tetapi telah diselamatkan oleh berbagai-bagai amalan ikhlas yang dilakukan mereka semasa di dunia.
Sebuah hadith yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafi’e, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai’d bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“ Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. ( dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu dengan izin Allah ).
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.
Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat ( fardhu dan sunat ) orang itu lalu melepaskannya dari azab itu.
Selain itu aku juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya. Maka minumlah dia sehingga hilang dahaganya.
Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa mandi janabah lalu amalan itu menangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manusia dan para nabi.
Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelita dan menghantarnya ke tempat terang benderang.
Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia, “ wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah ( berbual-buallah ) terhadap orang ini.” setelah itu berkata-katalah orang-orang mukmin itu kepada orang berkenaan.
Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.
Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku yang sedang diheret ke dalam api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi mungkar bersama dengan malaikat rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari kawah api neraka.
Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah S.W.T malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan tuhannya. Ketika itu datang amalan mereka berupa akhlak yang mulia lantas memimpin tangan orang itu menuju kehadrat Allah S.W.T.
Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amalan ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada suratan yang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.
Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikannya terlalu ringan sebaliknya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang matin ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.
Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya sehingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalan syurga.
Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke kawah neraka menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka sebagaimana ketarnya orang yang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu perasaan ‘Husnu Dzan’ ( sangka baik ) terhadap Allah, maka Husnu Dzan nya itu menyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneruskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang mengengsot dan merangkak di atas titian sirat. Ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku ( rasulullah S.A.W ) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinnya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.
Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”