Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, “ hendaklah kamu memerangi nafsumu hingga dia mati. Kemudian hidupkanlah dia dalam kehidupan yang baru dan dalam bentuk yang diredhai Allah, yakni dengan menariknya agar menjadi seorang FAQIH, yakni orang yang tahu selok belok hukum, atau sebagai seorang yang ALIM yakni mengerti akan undang-undang syariat Islam, semoga hatimu akan menjadi tenang dan tenteram. Orang yang alim itu harus mengamalkan apa yang dituntutnya, dan dengan itu nanti dia akan menjahui semua pintu-pintu nafsu dan syahwat sebab sekarang nafsu dan syahwatnya tertakluk untuk menjalankan perintah Allah. Kelak daun-daun nafsu dan syahwatnya akan rontok dan layu. Di sinilah ia sampai kepada hati Sirr atau batin yang penuh kesucian dengan segala macam rahsianya, kemudian hatinya benar-benar telah menjadi Qalbun Mu’min, yakni hati yang diserapi oleh nur keimanan.
Jika kamu menginginkan kepuasan dalam dirimu wahai hawa nafsu, wahai tabiat yang telah ada sejak mula diciptakan, wahai iradah atau kemahuan yang berliku dalam dirimu, maka sebaiknya kamu memuas hati dengan ‘tauhid’ menuju dan mengikuti tuhan yang bersifat ‘tauhid’. Kamu harus memisahkan diri dari makhluk kerana makhluk tidak memiliki kekuasaan. Bertawakal dan berserah dirilah kepada Allah dan jangan sesekali menyandarkan dirimu kepada makhluk, kerana makhluk tidak dapat memberi apa-apa.”
FAZRIN MUSTAFFA



No comments:
Post a Comment