Monday, October 26, 2009

KERANA TAKUTKAN ALLAH

KERANA TAKUTKAN ALLAH

Dalam sebuah hadith Qudsi ada riwayat yang menggembirakan hati mengenai balasan yang diberikan Allah S.W.T kepada orang yang takut kepadanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Ada seorang lelaki tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu berwasiat kepada keluarganya “ jika aku mati, maka bakarlah aku lalu lumatkanlah aku mejadi abu. Kemudian taburkanlah abu itu sebahagian di daratan dan sebahagian lagi di laut. Demi Allah, jika Allah menghisabku, pasti akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan pada seorang pun di alam semesta.”
Tatkala lelaki itu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka. Lalu Allah memerintahkan pada daratan untuk mengumpulkan abu yang tersebar di daratan itu. Juga memerintahkan lautan untuk mengumpulkan abu yang disebar di lautan itu.
Kemudian Allah S.W.T bertanya pada lelaki itu setelah dihidupkan kembali.
“kenapa kamu lakukan ini?”
Lelaki itu menjawab:
“kerana aku takut kepada Mu tuhanku, dan engkau lebih tahu akan itu.”
Lalu Allah S.W.T mengampuninya…
Kisah dalam hadith qudsi ini begitu menyentuh dan penuh hikmah. Seorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak prnah beramal soleh sedikit pun dalam hadith itu memiliki rasa takut kepada Allah S.W.T di akhir hayatnya. Keagungan Allah ada di depan matanya sehingga ia takut akan azabNya atas perbuatannya di dunia. Hal ini membuatnya berwasiat bodoh. Setelah mati dia ingin mayatnya dibakar dan ditaburkan di daratan dan lautan dengan harapan Allah tidak menjumpai mayatnya dan tidak dapat mengazabnya.
Allah S.W.T maha berkuasa dan perkara itu adalah mustahil bagiNya. Allah S.W.T tetap akan menghisab setiap amal perbuatan manusia,tidak akan terlepas walaupun sebesar zarah. Tak ada yang luput dari hisabNya. Dan pada akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah S.W.T..



Di dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan tuhannya,dia menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal yang abadi”
( An-naaziat : 40-41)

FAZRIN MUSTAFFA

No comments:

Post a Comment